BERONOK@KUIH SAGU

Author: salju // Category:

kuih ni dari zaman kecik-kecik dlu sampai lah dah besar gedabak gni memang x luput dari ingatan.. nak membuatnya amat simple jer... kacau jer dalam kuali sampai masak..tang ni malas nak ngukus untuk dapatkan sagu yang berbiji-biji.. kalo bulan pose memang bes sgt wat buka pose... nak pose dah xlama lg ni.. hmmmm rase sekejap je mase berlalu..dah nak menjelang balik bulan ramadhan.. ape2 pon slamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat islam..erkkkk awalnyer ucapan..hahaha xpe nanti bile dah nak pose ssh nak wat ucapan line celcom mesti wat hal..hua3..

BAHAN-BAHAN
  • 1 cawan sagu mata ikan
  • 3 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sudu sirap rose
  • 1/2 biji kelapa parut <----guna kelapa yang kulitnya hijau kalo yang tua berhampas
CARA-CARA
  1. masukkan sagu,air dan sirap rose kedalam kuali. kacau hingga pekat dan sagu bertukar menjadi jernih.
  2. masukkan pula gula dan kacau sehingga semua sagu menjadi kaler jernih dan tiada putih2.
  3. apabila dah masak, angkat dan masukkan kedalam loyang.
  4. potong apabila dah sejuk.. sendukkan kuih guna sudu sebab kuih ni jenis melekat.
  5. gaulkan kuih dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam halus.


    0 Responses to "BERONOK@KUIH SAGU"

    Post a Comment

    There was an error in this gadget
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...