SHELL COCONUT BREAD

Author: salju // Category:
amacam menggoda x? dapat resepi ni dari daput mat gebu.. tp xreti nak wat bentuk yang dia wat..sudahnya jd bentuk kerang ni..pastu tabur bijan kat atas...hua3 aku pon dah brani derhaka mcm cik mat..opss..maap ye cik mat..sape2 nak tgk resepi asal gi kat dapur cik mat yea.. emmm macam malas nak taip resepi..Cnp kt dari dapur cik mat je la..bole ye? untuk inti juga dah diubah suai..sesuai dengan rasenya yang sedap dan lembut bangat...step by step untuk bentuk kan roti ni xde lainkali kalo buat lg boleh la amik gambar step by step nak bentuk roti ni..

BAHAN-BAHAN
  • 300 g tepung roti (high protein flour)
  • 50 g gula halus
  • 1/4 camca teh garam
  • 2 camca teh instat yeast
  • 30 g telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan timbang)
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 1/2 camca teh bread softerner
  • 150 ml air suam (kalau guna Breadmaker, guna air sejuk)
  • 30 g mentega
BAHAN INTI KELAPA
  • 150 g kelapa parut (pilih kelapa berkulit hijau)
  • 100 g gula halus
  • 3 sudu besar air

CARA MEMBUATNYA
  1. UNTUK INTI KELAPA. Masukkan kelapa dan gula kedalam kuali, tambahkan juga sedikit supaya gula terlarut,gaul rata.masak guna api kecil sambil dikacau kerap sehingga inti kelapa kering, sejukkan dalam peti sejuk sementara menunggu doh roti siap.
  2. UNTUK DOH ROTI . Satukan instant yeast dengan air suam, kacau rata dan biar berbuih. Sementara itu satukan tepung roti, susu tepung, bread improver, bread softerner, gula dan garam, gaul rata. Masukkan telur dan adun, tuang bancuhan ragi, gaul dan uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan kenyal (kurang lebih 20 minit diuli tanpa henti). Bulatkan doh, letak dalam mangkuk yang telah disapu sedikit minyak, bungkus dengan plastik dan perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda.  KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam BreadMaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  3. UNTUK COCONUT BUN  Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara dan uli sekejap. Bahagikan doh tadi kepada 10 bahagian sama besar. Ambil satu doh, leper2 kan dan satu bahagian lagi diuli panjang untuk dibentuk seperti kulit kerang.doh panjang tadi dilipat dua.buat dua kali  lipatan untuk menampakkan rupa seakan2 kerang. lebihan doh dibawah digunakan untuk nenutup rupa ekor doh panjang yg xcantek tue..  letak inti kelapa tadi diantara lapisan atas dan bawah berselang-seli. ltkkn diatas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.. Perap roti tadi selama 45 minit, sapu telur pada permukaan roti dan tabur sedikit bijan. bolehlah dibakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan roti atas jaringan atau boleh juga dimakan panas2...

0 Responses to "SHELL COCONUT BREAD"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...