AYAM PANGGANG BBQ

Author: salju // Category:

salam ramadhan.. dari tadi lagi duk godek2 gambar ni..last2 baru dapat upload..huuh..punyer la lama.. ape problem xtau lah.. ok yang kat atas ni ayam panggang bbq.. anak buah yang kecik umor 2 tahun duk sebut ayam kepok! ayam kepok! aje mase ayam ni tgh berpusing kat dalam oven.. huhu dia ingat ni ayam sama ngan ayam yang kat lua umah tu kot kipas2 sayap tu.. last2 dia xmau makan ayam ni.. geli kot..hampeh sungguh.. (,") tertonggeng ayam tu kat situ x sempat nak hias2..snap dlu pic.. ni kes nak rasmi oven baru bli..jadi panggang ayam dlu laa..sonok tgk ayam berpusing2 dalam oven..aku pon dah jakun sama ngan anak buah dok tgk ayam tu.. ok la tengok resepi dlu yea..

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan putih
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar madu
  • 4 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
CARA-CARA
  1. bersihkan ayam. cucuk2 dengan garfu
  2. bawang, serai dan halia dikisar halus. campurkan dengan bahan lain hingga sebati.
  3. sapu pada ayam dan bahagian dalam ayam. bungkus dalam plastik bag dan simpan dalam esbok 4-5 jam @ semalaman
  4. cucuk ayam dengan alat pemanggang dan panggang dalam oven 45 minit. gune setting untuk memanggang ayam berpusing (rotiserrie) kalo oven jenis yang boleh panggang ayam la..kalo oven biasa letak ayam dalam dulang dan panggang ayam 30 minit then terbalikkan ayam bakar lagi hingga ayam masak.

ni ayam tengah golek2 kat dalam oven.. (",)


3 Responses to "AYAM PANGGANG BBQ"

Liza Says :
August 18, 2010 at 8:27 PM

sedapnyer ayam golek, tu dlm list menu this weekend

emunnn Says :
August 19, 2010 at 1:16 PM

mmg sedap.. kejap je licin..cuba laa =)

Anonymous Says :
October 7, 2012 at 2:12 PM

Kelas arr..sedap..sy dah cuba resepi ni..

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...