AYAM PAPRIK

Author: salju // Category:

paprik yang simple je cara buatnya.. tapi lain skit dari paprik sotong yang sy dah pernah post kat sini..  kalo nak tengok resepi paprik sotong klik sini yea..

BAHAN-BAHAN
  • 1/4 ekor ayam dipotong kecil
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 tangkai cili kering*
  • 1 ulas bawang diketuk
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar sos tiram
  • daun limau purut
CARA-CARA
  1. ayam digaul sedikit garam dan digoreng dengan minyak sedikit hingga masak terlebih dahulu.
  2. bahan * dikisar halus. tumiskan bawang putih dan halia yang diketuk hingga kekuningan.
  3. masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau. masukkan pula serai yang diketuk dan daun limau purut.
  4. masukkan sos tiram kemudian ayam. kacau rata dan masukkan secukupnya garam. 
  5. angkat dan hidangkan.


0 Responses to "AYAM PAPRIK"

Post a Comment

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...